Month: September 2025

Premier Sarawak ketuai delegasi ke Berlin, Paris

BERLIN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai delegasi kerja ke Berlin, Jerman dan Paris, Perancis mulai 7 hingga 9 September ini. Beliau bersama rombongan Kerajaan Sarawak selamat tiba di hotel penginapan pada jam 6.40 petang Ahad waktu tempatan. Mengiringi beliau ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, […]

Kes buli: Jawatankuasa khas ditubuh, setiap agensi bincang SOP

LUNDU: Kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu buli dan kini meneliti langkah lebih bersepadu melalui penubuhan jawatankuasa khas melibatkan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dengan penglibatan kementeriannya […]

Sumbangan pelbagai pihak bantu operasi cari mangsa bot karam

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Kabong mendapat perhatian pelbagai pihak, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 bagi menampung kos operasi pencarian yang masih giat dijalankan sejak insiden berlaku 4 September lalu. Turut menghulurkan sumbangan ialah Lembaga Amanah Kebajikan […]

Syukuri nikmat pembangunan Kampung Ensengei

GEDONG: Seorang penceramah agama, Wan Lukmanhakim Wan Sajali kagum dengan perubahan pembangunan yang kini berlaku di Kampung Ensengei Melayu dekat sini. Katanya, selain mempunyai masjid dan sekolah rendah yang indah dan jumlah rumah bertambah, Kampung Ensengei Melayu juga kini boleh dikunjungi dengan pelbagai kenderaan melalui jalan raya yang menghubungi terus ke Sadong Jaya, Asajaya, Kota […]

Gedong lalui fasa pembangunan – Rodiyah

GEDONG: Gedong sebagai daerah baharu sedang melalui fasa pembangunan yang pesat, demikian kata Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapi’ee ketika berucap pada majlis penangguhan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Gedong di sini, semalam. Rodiyah berkata, rakyat bangga kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri […]

Tiga projek mega lonjakkan ekonomi Asajaya

ASAJAYA: Asajaya bakal menyaksikan transformasi apabila tiga projek pembangunan mega dilaksanakan merangkumi lapangan terbang antarabangsa baharu, jalan raya berkembar dan pelabuhan terbesar Sarawak. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembangunan itu berupaya melonjakkan Asajaya daripada luar bandar kepada bandar moden yang strategik di pesisir negeri. “Lapangan terbang […]

Projek SSLR fasa dua mercu tanda pembangunan infrastruktur

SIBUTI: Sarawak bakal menyaksikan satu lagi mercu tanda pembangunan infrastruktur apabila Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 dijadual dilancar pada 11 September ini. Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, projek itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Projek […]

Malaysia mampu jadi pencipta produk inovasi

KUCHING: Malaysia boleh menjadi negara pencipta produk inovasi yang mampu ke peringkat global. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, beliau yakin negara ini mempunyai kemampuan dan kekuatan dalam bidang sains serta teknologi bagi mencipta produk terbabit. “Namun penglibatan masyarakat secara lebih meluas perlu digerakkan bagi mengenal pasti potensi inovasi di lapangan,” katanya. Beliau […]

Masjid, surau pusat ilmu lahirkan masyarakat sejahtera

SIMANGGANG: Masjid dan surau selain tempat ibadah, rumah suci tersebut menjadi pusat penyatuan ummah, pembangunan generasi muda dan sokongan kepada golongan memerlukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peranan itu penting bagi melahirkan masyarakat berilmu, dan komuniti sejahtera. “Inilah makna tema Maulidur Rasul tahun ini, Ummah Maju Makmur iaitu maju […]