KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Hospital Pengajar dan Hospital Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Fasa Kedua kini siap 66.17 peratus, lebih awal daripada jadual asal. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek bernilai RM489 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 12 November 2026 dengan kapasiti 300 katil. Katanya, hospital tersebut akan menyokong […]
Pemeriksaan kesihatan berkala bendung penyakit kronik
BELAWAI: Amalan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dijadikan budaya masyarakat bagi membendung peningkatan penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, penyakit tidak berjangkit kini menjadi antara cabaran utama negara kerana kebanyakannya dikesan pada peringkat lewat sehingga menjejaskan kualiti hidup […]
Tingkatkan pengetahuan teknologi bantu bendung berita palsu
KUCHING: Belia perlu menguasai kemahiran teknologi digital bagi membendung penularan berita palsu yang semakin berleluasa dan berpotensi menggugat kestabilan negara. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kecanggihan teknologi komunikasi pada masa kini membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menghasilkan kandungan seolah-olah mereka pakar, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. “Maklumat benar boleh ditokok […]
Maulidur Rasul lambang cinta umat Islam pada Rasulullah SAW
KUCHING: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak hari ini diraikan dengan hampir 9,600 peserta daripada 209 kontinjen menyertai perarakan sekali gus mencerminkan kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya ruang untuk umat Islam menilai kembali […]
Amalkan toleransi tinggi antara agama di Sarawak
KUCHING: Umat Islam di Sarawak diseru menjunjung tinggi keharmonian dan mengamalkan toleransi yang tinggi dalam hubungan antara agama. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dalam hubungan antara agama, Rasulullah SAW mengajar mereka bahawa melindungi hak dan maruah penganut agama lain adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Katanya sehubungan itu, umat […]
1,411 peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong
KABONG: Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun ini menarik 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Jumlah penyertaan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadi bukti kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir yang menyifatkan 12 Rabiulawal sebagai tarikh […]
Anak jati Satok dianugerah Tokoh Maulidur Rasul Belia Harapan Peringkat Kebangsaan
KUCHING: Tahniah kepada Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak yang dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kategori Belia Harapan Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung hari ini. Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan […]
Guru muda agen perubahan masyarakat luar bandar
SEMATAN: Guru muda memainkan peranan sebagai agen perubahan kepada masyarakat di luar bandar terutama belia. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, lebih 12,000 guru muda di Sarawak berusia bawah 40 tahun berpotensi membawa perubahan di luar bandar. Namun katanya, mereka perlu memanfaatkan pendekatan pendidikan digital yang lebih kreatif, […]
‘Ummah Maju Makmur’ serlah keharmonian masyarakat
BELAGA: Tema ‘Ummah Maju Makmur’ yang diangkat dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Kapit 2025 amat bertepatan dengan slogan ‘Sarawak Maju Makmur’. Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang, penghayatan terhadap tema tersebut bukan sahaja mendorong kepada kemajuan negeri, malah memastikan masyarakat terus hidup aman […]
Maulidur Rasul lambang cinta pada Nabi Muhammad SAW
MATU: Lebih 2,500 umat Islam memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di pekan Matu hari ini yang diserikan dengan perarakan 30 kontinjen dan pertandingan sepanduk. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang mengetuai perarakan itu berkata, sambutan berkenaan bukan sahaja mengenang kelahiran Rasulullah SAW, malah mengukuhkan ukhuwah serta menyemai kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. […]
