Month: September 2025

Kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, Sarawak pacu pembangunan ASEAN

LIMBANG: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak menjadi titik penting kepada kemajuan dan pembangunan Bumi Kenyalang, malah menyumbang kepada pembangunan ASEAN. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam juga menjadi faktor penting kepada usaha itu. “Ini […]

Perdana Menteri kagum corak kepimpinan Sarawak

LIMBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kagum corak pucuk kepimpinan negeri ini sehingga masyarakat dunia mengenali Sarawak sebagai sebuah negeri terus membangun berbanding 50 tahun lalu. Dengan corak kepimpinan yang berpandangan jauh dan rakyat hidup bersatupadu, beliau yakin Sarawak terus melangkah ke hadapan sebagai gergasi dalam pembangunan tenaga baharu di dunia. “Apabila saya pergi […]

Lawatan penanda aras perkukuh sistem pentadbiran Kerajaan Sarawak

SINGAPURA: Delegasi Kerajaan Sarawak mengadakan lawatan penanda aras di sini, dari 31 Ogos hingga 4 September lalu. Menurut kenyataan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak, Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) Mengenai Laporan Penyata Kewangan dan Anggaran Belanjawan Tahunan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah mengadakan lawatan terbabit. Delegasi […]

Teknologi pertanian moden bantu perkasakan petani Daro

DARO: Penganjuran Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) 2025 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menjadi wadah penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tani terhadap amalan pertanian moden. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, pendekatan pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik mampu menghasilkan tanaman berkualiti tinggi dengan kos yang lebih efisien […]

Monumen khas abadikan pembebasan Sarawak daripada Jepun dibina di Pending Point

KUCHING: Detik bersejarah pembebasan Sarawak daripada pendudukan Jepun Semasa Perang Dunia Kedua diabadikan pada monumen yang dibina khas di Pending Point, Kuching. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, monumen itu dibina sempena ulang tahun ke-80 pembebasan Sarawak daripada pendudukan Jepun 11 September 1945, di lokasi bersejarah yang menjadi saksi penyerahan […]

UiTM Cawangan Sarawak, IAIN Pontianak anjurkan KAIB

PONTIANAK: Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Pontianak dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menganjurkan Persidangan Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) ke-16. Menurut kenyataan media UiTM Cawangan Sarawak, perasmiannya disempurnakan Direktur Pendidikan Tinggi Keagamaan Islam Republik Indonesia Prof. Dr. Phil. Sahiron Syamsudin M.A, yang mewakili Menteri Agama Republik Indonesia di Pendopo Gubernur Kalimantan Barat, Kota […]

Kemudahan kesihatan Betong dinaik taraf

BETONG: Beberapa projek naik taraf dan pembinaan baharu kemudahan kesihatan dirancang di bawah dana Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Ia bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang optimum kepada masyarakat di Betong. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antaranya peruntukan RM14.5 juta untuk menaik taraf fasiliti Klinik Kesihatan Mid Layar serta pembinaan tiga […]

UNIMAS perkasa penyelidikan biodiversiti, kelestarian

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) komited dalam usaha memperkasakan penyelidikan biodiversiti dan kelestarian menerusi Persidangan Sains dan Teknologi Alam Semula Jadi Kali Ke-2 (NaSTeC 2025). Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, penganjuran persidangan antarabangsa seumpama ini secara langsung akan mendokong penyelidikan, pembangunan, dan inovasi dalam usaha mencapai aspirasi menjadi ekonomi berpendapatan […]

Sarawak Delta Geopark lulus saringan awal UNESCO Global Geopark

KUCHING: Sarawak Delta Geopark melepasi saringan awal dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan UNESCO setelah berjaya mendapatkan status kad hijau (ACCEPTED) daripada Mesyuarat ke-10 UNESCO Global Geoparks Council di Temuco, Chile baru-baru ini. Berita gembira itu dikongsikan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh sambil berkata, ia pencapaian besar […]

Diploma Teknousahawan MARA bantu usahawan muda jana pendapatan

KUALA LUMPUR: Program Diploma Teknousahawan anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) bukan sahaja melahirkan usahawan muda, malah berjaya menjana nilai jualan lebih RM120.8 juta sejak diperkenal 2016. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kejayaan itu membuktikan pendidikan teknikal mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu. “Contoh jelas dapat dilihat […]