Month: September 2025

TYT dijemput ke Sambutan Hari Malaysia, Sambutan Maulidur Rasul

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat bagi sambutan Hari Malaysia dan sambutan Maulidur Rasul di Astana Negeri di sini pagi tadi. Kunjungan hormat pertama dari rombongan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia yang diketuai Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap menteri bertanggungjawab sambutan, Dato’ […]

Elak jual kontrak, kontraktor Bumiputera fokuskan bina kapasiti

KUCHING: Kontraktor Bumiputera disaran agar tidak mengamalkan sikap menjual kontrak selepas dianugerahkan projek jika mahu berkembang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa, kontraktor Bumiputera harus memanfaatkan peluang yang tersedia dengan membina kapasiti dan menjalinkan kerjasama yang beretika. “Untuk mereka membesar, jangan ambil jalan mudah. Kalau kita nak kerjasama dengan kontraktor-kontraktor […]

Sarawak kukuhkan kedudukan hab tenaga diperbaharui

KUCHING: Sarawak melangkah jauh ke arah memperkukuh kedudukannya sebagai hab tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan dasar, teknikal dan rangka kerja komersial bagi memperluas rangkaian grid tenaga negeri. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah itu tidak hanya memacu kepentingan domestik, malah membuka peluang bagi hubungan tenaga serantau, selaras dengan aspirasi mewujudkan […]

Sarawak pembekal tenaga diperbaharui

KUCHING: Sarawak memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui apabila meluaskan sumber hidro merentas sempadan ke Sabah, Kalimantan dan Brunei. Pengerusi Sarawak Energy, Dato Ibrahim Baki berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memperkukuh rangkaian tenaga serantau, malah seiring aspirasi mewujudkan Grid Kuasa ASEAN berteraskan tenaga hijau. “Melalui perkongsian tenaga boleh diperbaharui, kita bukan sahaja menggerakkan pertumbuhan […]

Sarawak perlu kuasai teknologi bangunkan tenaga diperbaharui

KUCHING: Sarawak harus menguasai dan memantapkan teknologi untuk menghasilkan pelbagai tenaga diperbaharui, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Berucap pada sesi dialog sempena Forum Kelestarian dan Tenaga Diperbaharui (SAREF) 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, beliau berkata, penghasilan tenaga diperbaharui dengan menerokai sumber semula jadi […]

Projek naik taraf jeti legakan penduduk

BINTANGOR: Penduduk Kampung Abang Amin di sini, boleh menarik nafas lega apabila akses pengangkutan sungai bertambah selamat dan selesa selepas projek naik taraf jeti di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR). Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab berkata, projek bernilai RM70,000 itu bagi mengganti jeti lama sudah tidak selamat kerana kayunya reput dan struktur […]

Projek bina ban baharu bantu tangani banjir di tiga kawasan

SIMUNJAN: Penduduk di Tabuan Iban, Kampung Sekendu dan Taman Hijrah bakal menikmati perlindungan lebih baik daripada risiko banjir apabila kerajaan melaksanakan projek pembinaan ban baharu bernilai RM2.5 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, berkata projek ini sangat penting bukan sahaja untuk kawal limpahan sungai, tetapi bagi memastikan aktiviti pertanian dan ekonomi lancar. […]

Pertukaran budaya antarabangsa UiTM Sarawak, Ireland

DUBLIN (Ireland): Rombongan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak yang diketuai Rektornya, Prof. Dr. Firdaus Abdullah berjaya mengadakan pertukaran akademik dan kebudayaan antarabangsa di Dublin, Ireland. Langkah itu sebagai sebahagian daripada inisiatif Pertukaran Antara Budaya UiTM 2025 (UNITE25): Meletakkan Sarawak dalam program sedunia. Dianggotai lima kakitangan akademik dan pentadbiran dan 11 pelajar, rombongan UiTM itu […]

Sarawak perkukuh tadbir urus minyak dan gas – Awang Tengah

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Penasihat Petroleum (PACC) Ke-4 di sini. Ia dihadiri oleh ahli jawatankuasanya, sekatriat dan wakil Kerajaan Negeri dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Mesyuarat itu adalah sebagai platform strategik untuk mengkaji, menyelaras dan membincangkan perkara penting berkaitan petroleum, bagi menjamin […]