KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Penasihat Petroleum (PACC) Ke-4 di sini.
Ia dihadiri oleh ahli jawatankuasanya, sekatriat dan wakil Kerajaan Negeri dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
Mesyuarat itu adalah sebagai platform strategik untuk mengkaji, menyelaras dan membincangkan perkara penting berkaitan petroleum, bagi menjamin kerjasama erat antara Kerajaan dan PETROS sebagai pusat sehenti mengurus perkara berkaitan teknikal, komersial, perancangan dan pengurusan industri minyak dan gas di Sarawak.
Mesyuarat itu menyatakan pendirian komitmen Sarawak dalam mengukuhkan tatakelola minyak dan gas dan pengurusan sumber, sambil memberi penekanan kepentingan pembangunan secara mampan dan pertumbuhan industri di Sarawak.
PACC akan terus dijadikan platform kerjasama bagi menjamin agenda minyak dan gas Sarawak diurus dengan berkesan sejajar dengan aspirasi pembangunan sosioekonomi jangka panjang Sarawak.
