Month: September 2025

Sambutan Maulidur Rasul serlahkan keharmonian masyarakat majmuk

KUCHING: Sambutan Maulidur Rasul di Masjid India Bandar Kuching sekali lagi menyerlahkan keharmonian masyarakat majmuk apabila umat Islam daripada pelbagai latar belakang bergabung menjayakan acara tahunan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan tersebut bukan sahaja menzahirkan […]

Sarawak Energy kaji projek NbS di kawasan tadahan hidro

KUCHING: Sarawak Energy menerima Permit Kajian Karbon Dataran Seping (CSP) daripada Jabatan Hutan Sarawak, sekali gus membolehkan syarikat utiliti itu memulakan kajian kebolehlaksanaan projek Nature-based Solutions (NbS) di kawasan tadahan kuasa hidro. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, projek NbS dijangka menghasilkan lebih 250,000 unit kredit karbon bagi mengimbangi pelepasan sektor […]

Tiga langkah utama bantu Sarawak muncul sebagai peneraju ASEAN

KUCHING: Sarawak berpotensi muncul sebagai peneraju ASEAN dalam bidang tenaga mampan sekiranya prinsip ekonomi kitaran dapat diamalkan secara menyeluruh merentas sektor. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, komitmen itu hanya dapat dicapai melalui tiga langkah utama iaitu berpegang kepada prinsip ekonomi kitaran, bekerjasama dalam perkongsian teknologi […]

Temasya Sukan Borneo 24-28 September ini

KUCHING: Temasya Sukan Borneo kembali dianjurkan selepas sekian lama menyepi, dengan Sarawak menjadi tuan rumah edisi 2025 bermula 24 hingga 28 September ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada memperkukuh hubungan persaudaraan dan kerjasama antara negeri, negara serta provinsi di rantau […]

Industri burung walit mampu lonjakkan ekonomi komuniti luar bandar

KUCHING: Industri burung walit di Bahagian Sri Aman diberi perhatian khusus melalui sesi libat urus yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, di sini, semalam. Sesi itu dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr. Adrian Susin Ambud. […]

Pelajar luar bandar miliki potensi dalam arena sukan

DARO: Pelajar luar bandar perlu sentiasa didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sukan untuk mencungkil bakat mereka. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, pelajar luar bandar juga mempunyai bakat untuk menyinar dan mampu pergi jauh jika diberi peluang. Justeru, beliau menyambut baik penganjuran Pertandingan Bola Baling Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro 2025 yang menjadi platform melatih pelajar […]

Bukit Saban bakal muncul sebagai hab pertanian moden baharu

BETONG: Kawasan Bukit Saban dijangka muncul sebagai hab pertanian moden baharu dengan pelaksanaan pelbagai projek strategik yang sedang dirancang kerajaan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, antara inisiatif utama ialah pembangunan Agropark di Spaoh bernilai RM60 juta yang kini dalam peringkat awal pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID). ‘’Usaha itu sejajar […]

Boeing, i-CATS meterai MoU

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS dan Boeing (NYSE: BA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan pengajian aeroangkasa dan pembangunan bakat di Sarawak. Perkongsian strategik itu menyokong matlamat Sarawak untuk muncul sebagai hab wilayah aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi susulan pengenalan program Kejuruteraan Aeroangkasa i-CATS baru-baru ini. Di bawah MoU itu, Boeing dan i-CATS akan […]

Maulidur Rasul di Gedong bermula

GEDONG: Sambutan Maulidur Rasul (SMR) 1447/2025 Peringkat Daerah Gedong bermula dengan mengadakan beberapa acara menarik yang dipertandingkan di Dewan Datuk Patinggi Ali di sini. Antara acara yang dipertandingkan malam tadi ialah tilawah al-Quran, berzanji, zikir marhaban dan nasyid. Acara pentas ini diadakan selama lima malam berturut-turut di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong, manakala pada hari […]

KKM terima 91 unit ambulans baharu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bakal menerima 91 unit ambulans baharu jenis Type B menerusi kaedah perolehan luar kontrak yang diluluskan Kementerian Kewangan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kecemasan di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata langkah itu dilaksanakan segera kerana majoriti ambulans sedia ada sudah berusia lama, dengan 89.8 peratus daripada […]