SIMUNJAN: Hutan Simpan Sabal akan dibangun sebagai hab ekopelancongan dan pusat terapi semula jadi bertaraf dunia, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan bermula tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Menurutnya, pusat berkenaan akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti pusat penyelidikan, makmal, ruang konservasi, penginapan serta fasiliti […]
Contohi semangat juang para veteran PBB – Fatimah
DALAT: Ahli-ahli muda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diseru untuk mencontohi semangat juang para veteran yang telah membuktikan bahawa perjuangan dalam PBB bukan sekadar mengenai politik, tetapi melibatkan khidmat, tanggungjawab dan kasih terhadap masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata para veteran juga terus diberi […]
Sukan sektor berdaya saing, penyumbang ekonomi negara
SADONG JAYA: Industri sukan kini dianggap sebagai sektor berdaya saing yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata peranan sukan hari ini bukan dilihat sebagai aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan semata-mata, malah dapat menggalakkan pembangunan ekonomi. Katanya, penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) menjadi pemangkin dalam […]
Keluarga benteng utama hadapi cabaran kehidupan masa kini
KUCHING: Keluarga merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini yang kian kompleks akibat pengaruh media sosial, tekanan ekonomi dan perubahan gaya hidup. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kekuatan institusi keluarga bukan sahaja menjamin kesejahteraan emosi, tetapi juga masa depan negara. Katanya, ahli keluarga harus meluangkan masa bersama […]
Keunikan Sarawak daya tarikan pelancong
SINGAPURA: Seramai 3.2 juta pelancong melawat Sarawak dengan menjana hasil pendapatan RM8.2 bilion setakat Ogos tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan Sarawak bukan berasaskan bilangan pelancong semata-mata, tetapi lebih kepada menarik pelancong yang memberi impak positif serta menghargai keunikan alam dan budaya setempat. […]
Latihan praktikal, kemahiran mampu lahirkan usahawan berdaya saing
BINTULU: Program Youth Marketplace yang menjadi antara acara utama sambutan Minggu Belia Sarawak 2025 muncul sebagai pemangkin baharu dalam memperkukuh budaya keusahawanan dan daya saing golongan belia di negeri ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), Datuk Dr. Ripin Lamat berkata, penganjuran itu bukan sekadar program jualan, tetapi medan pembelajaran dan latihan […]
Perjuangan GPS menyatukan rakyat, nikmati kemajuan bersama
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengamal politik pecah dan perintah sebaliknya menyatukan rakyat untuk bersama-sama mengecapi kemajuan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata, rakyat Sarawak harus berdiri teguh dan bersatu bersama pemimpin GPS dalam membangunkan negeri ini menggunakan pendekatan Sarawak sendiri. “Pendekatan sendiri […]
Kerjasama Sarawak–Singapura buka peluang pendidikan alam sekitar
KUCHING: Sarawak dan Singapura bakal menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut dirancang bagi memberi pendedahan kepada generasi muda Singapura tentang keindahan serta kepentingan ekosistem hutan tropika di negeri ini. Beliau menjelaskan, cadangan berkenaan […]
Mangsa banjir Rumah Ason terima sumbangan
SARATOK: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas akibat banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyantuni mangsa banjir dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik. Mereka kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok. Dalam lawatan tersebut, Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan (JKSK) Taman Seroja Indah yang diketuai Lee Chai […]
Nilai integriti dalam kepimpinan berwibawa
KOTA SAMARAHAN: Program Kursus Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) menunjukkan impak positif dalam usaha memperkukuh kepimpinan ketua masyarakat dan ketua kaum di daerah ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, pelaksanaan MIKM mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi platform penting dalam memupuk nilai integriti serta etika kepimpinan di […]
