Month: April 2026

SDEC buka premis operasi bersepadu

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) semalam melancarkan empat premis baharunya di Royal Bay Commercial Centre di Pending. Kemudahan terbaharu itu merangkumi Pusat Rangkaian Operasi SDEC (NOC). Pusat Operasi Teknikal (TOC), Lab Prototyping IR4.0 yang diperbesarkan dan pusat penyimpanan, kata SDEC dalam satu kenyataan di sini. Premis itu direka khas sebagai hab operasi bersepadu […]

Pendekatan seimbang pengurusan hutan Sarawak, 62% dilitupi hutan hujan tropika

KUCHING: Sarawak kini merupakan antara benteng terakhir bagi hutan hujan tropika dunia. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana Sarawak mempunyai lebih 7.6 juta hektar litupan hutan terbabit. “Litupan hutan meliputi kira-kira 62 peratus keluasan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika semasa merasmikan Seminar Ekspedisi Hutan Simpan Sabal dan Hutan […]

Premier bakal umum bantuan tambahan rakyat Khamis Ini

KUCHING: Pengumuman bantuan tambahan kepada rakyat Sarawak akan diketahui esok. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tersebut bagi membantu rakyat khususnya golongan rentan meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat susulan krisis di Timur Tengah. Katanya, krisis tersebut turut menyebabkan ketidaktentuan ekonomi serta kenaikan harga barang di Sarawak […]

80 projek BALB diserah pada Sarawak, percepat bekalan air luar bandar

KUCHING: Kerajaan Persekutuan menyerahkan sejumlah 80 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak bernilai RM3.47 bilion kepada kerajaan negeri. Ia merupakan langkah strategik mempercepatkan penyampaian infrastruktur asas kepada rakyat luar bandar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan […]

Program Vaksin Rabies Oral dipergiat di Taman Malihah

KUCHING: Usaha membendung penularan rabies terus dipergiatkan menerusi pelaksanaan program perintis Vaksin Rabies Oral (ORV) di Taman Malihah. Langkah ini bagi memastikan keselamatan orang awam terus terjamin susulan kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun akibat wabak itu di kawasan tersebut baru-baru ini. Program anjuran Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA) itu […]

Kerja-kerja naik taraf paip giat dilaksana, tangani gangguan bekalan air

SIMANGGANG: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUTS) Sarawak sedang giat menaik taraf kapasiti loji rawatan air sedia ada serta membina loji baharu bagi memenuhi permintaan yang semakin menngkat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, di samping itu kerja-kerja penggantian paip sepanjang 2,740 kilometer (km) juga sedang giat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kebocoran dan […]

Pembinaan jalan ke Kampung Sungai Ba sedang dilaksana JKR

SIMUNJAN: Projek pembinaan jalan ke Kampung Sungai Ba di sini dijangka siap pada Januari 2027. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, ketika ini projek pembangunan infrastruktur itu sedang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR). “Projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mahabbah Aidilfitri Zon […]

Peruntukan RM200,000 naik taraf sistem penghawa dingin Hospital Limbang

LIMBANG: Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan RM200,000 untuk menaik taraf sistem penghawa dingin di Hospital Limbang, kata Timbaan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail. Beliau berkata, projek tersebut akan menyediakan persekitaran lebih kondusif kepada pesakit. “Peruntukan itu amat diperlukan memandangkan beberapa kemudahan di hospital berkenaan yang sudah usang dan daif,” […]

65 peratus peserta Sarawak Youth Startup konsisten berniaga

KUCHING: Seramai 425 usahawan belia menyertai program Sarawak Youth Startup (SY Startup) setakat ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan), Datuk Dr Ripin Lamat berkata mereka merangkumi seramai 275 peserta Kohort Satu dan manakala 150 peserta Kohort Dua. “Lebih 65 peratus peserta Kohort Satu menunjukkan prestasi konsisten dalam perniagaan masing-masing,” katanya. […]