Month: May 2026

Abang Johari mulakan lawatan kerja ke UK, Ireland

UNITED KINGDOM: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan kerja ke Manchester dan Bristol, United Kingdom (UK) serta Dublin, Ireland mulai 2 hingga 5 Mei ini. Ketibaan beliau bersama delegasi di Manchester pada jam 1.15 pagi Sabtu waktu tempatan merupakan misi strategik bagi memposisikan Sarawak dalam rantaian nilai global merangkumi […]

Sarawak zahirkan penghargaan SUKMA diteruskan

KUCHING: Kerajaan Sarawak menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini dapat diteruskan namun secara lebih sederhana di Selangor pada Ogos depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan meneruskan temasya itu amat dihargai memandangkan semua negeri telah membuat persiapan rapi dan […]

Kebajikan, kesejahteraan pekerja asas pembangunan Sarawak

KUCHING: Aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan warga kerja perlu diberi perhatian berterusan sebagai asas kepada pembangunan Sarawak yang mampan dan seimbang. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setiap pekerjaan, tanpa mengira sektor kerajaan atau swasta, mempunyai nilai tersendiri dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Menurut beliau, […]

Pantai Pugu strategik bagi program pemuliharaan penyu

LUNDU: Sarawak Forestry Corporation (SFC) menganjurkan program tapak penetasan telur penyu dan pelepasan anak penyu di Pantai Pugu, di sini, semalam. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh merasmikan program terbabit yang turutmenekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat setempat. Ini dalam memastikan keberkesanan usaha pemuliharaan […]

SUS 2026 perluaskan pasaran PMKS, sasar jualan RM3 juta

KUANTAN: Sarawak memperluaskan akses pasaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke peringkat nasional menerusi Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2026 dengan sasaran potensi jualan mencecah RM3 juta. Program yang berlangsung di Kuantan City Mall bermula 29 April hingga 3 Mei itu menghimpunkan usahawan Sarawak sebagai platform strategik memperkukuh jaringan perniagaan serta meningkatkan daya saing produk […]