Month: November 2026

Pelajar luar bandar tidak dipinggir nikmati akses pendidikan antarabangsa

SIBU: Pelajar luar bandar di Sarawak diberi keutamaan untuk menikmati pendidikan bersilibus antarabangsa menerusi Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, peluang pendidikan berkualiti kini turut dinikmati pelajar luar bandar melalui kemudahan yang disediakan kerajaan negeri. “Bayangkan, jika tiada kemudahan ini, mungkin sukar bagi pelajar […]

UNIMAS tawar pengajian percuma kepada penerima anugerah utama

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menawarkan peluang melanjutkan pengajian dengan pembiayaan penuh yuran pengajian kepada penerima Anugerah Pelajaran Diraja. Naib Cancelor UNIMAS, Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit berkata, inisiatif ini turut akan diberi kepada Anugerah Canselor dan Anugerah Pro-Canselor. Menurutnya, inisiatif itu merupakan penghargaan universiti terhadap kecemerlangan pelajar, selain pelaburan dalam melahirkan ilmuwan […]

15 tahun berkhidmat, Mohammad Razi bawa perubahan pembangunan Saribas

KOTA SAMARAHAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan kedudukan beliau pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Sepanjang kira-kira 15 tahun mewakili Saribas, beliau membawa perubahan ketara pembangunan infrastruktur luar bandar termasuk akses jalan raya dan bekalan air. “Kalau […]

Sarawak terap pendekatan mampan urus sumber hutan

SIBU: Sektor perhutanan Sarawak sedang menjalani transformasi kepada ekonomi berasaskan karbon, pemuliharaan hutan dan pembangunan mampan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, transformasi itu penting untuk mencerminkan perubahan pendekatan Kerajaan Sarawak dalam menguruskan sumber hutan. Langkah itu memberi penekanan lebih besar terhadap kelestarian alam sekitar tanpa […]

BIF 2026 angkat keunikan warisan budaya Sarawak

KUCHING: Festival Masyarakat Peribumi Borneo (BIF) 2026 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 15 November ini akan mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan masyarakat Borneo. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival anjuran Majlis Seni Sarawak (MSS) itu akan berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC) […]

Kerjasama masyarakat bantu tangani jenayah terhadap wanita, kanak-kanak

KUCHING: Masyarakat perlu digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang kejadian keganasan rumah serta kes berkaitan keganasan terhadap kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perlindungan wanita dan kanak-kanak merupakan antara bidang yang memerlukan perhatian dan kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, pihak penguat kuasa dan masyarakat. Berdasarkan statistik […]

Graduan UNIMAS perlu cipta pencapaian lebih besar

KOTA SAMARAHAN: Graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu mencipta pencapaian baharu yang lebih besar dan bermakna demi masa depan negeri serta negara. Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, generasi muda perlu memiliki ilmu, integriti, daya cipta dan jati diri yang kukuh. “Saudara dan saudari merupakan […]

Tadbir urus baik sokong agenda pembangunan

KUCHING: Agenda pembangunan Kerajaan Sarawak harus sepadan dengan institusi yang boleh mengurus sumber dengan bijak, mengamal tanggungjawab berkanun dan komited kepada rakyat. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pentadbiran yang mengamalkan budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik akan menyokong kemajuan bermakna. Hakikatnya, Kerajaan Sarawak berhasrat membina institusi yang […]

GPS tidak akan jalin kerjasama dengan parti luar pada PRU DUN Sarawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mana-mana parti di luar gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendirian itu dibuat susulan cadangan kerjasama […]