Year: 2026

‘Call Before You Dig’ inisiatif keselamatan SEB

KUCHING: Kontraktor dan pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan penggalian di kawasan yang mempunyai kabel elektrik bawah tanahdinasihat supaya memberitahu Sarawak Energy Berhad (SEB) terlebih dahulu. Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee berkata, langkah itu bagi membolehkan pihaknyamenghantar pasukan ke tapak projek untuk mengenal pasti lokasi dan laluan kabel bawah tanah, sekali gus […]

Peruntukan RM150 juta dilulus bina pusat astronomi di Sarawak

KUCHING: Jabatan Mufti Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS akan bekerjasama bagi membangunkan sebuah pusat astronomi di negeri ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebanyak RM150 juta diluluskan untuk membangunkan pusat berkenaan dalam usaha melahirkan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa. “Kabinet Negeri pagi tadi bersetuju memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi […]

SADA guna pendekatan agresif lancar projek pembangunan

KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) kini beralih ke fasa agresif bagi memastikan semua projek pembangunan di bawah seliaannya berjalan lancar tanpa terperangkap dalam kemelut birokrasi pertapakan dan isu pengambilan tanah yang rumit. ​Pengerusi SADA, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, menegaskan bahawa sinergi antara agensi tersebut dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak merupakan […]

Kursi Datuk Amar Juma’ani platform penyelidikan kepimpinan wanita

KUCHING: Kursi Datuk Amar Juma’ani akan menjadi platform khusus bagi menjalankan penyelidikan mendalam mengenai isu-isu berkaitan kepimpinan wanita. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kursi itu adalah hasil daripada penjenamaan semula Kursi Kepimpinan Wanita Sarawak (SWLC). “Kita mendapati penting untuk menjenamakan semula kursi tersebut dalam usaha memperkasakan golongan wanita […]

Sistem kesihatan Sarawak diperkasa

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad di kediaman rasmi beliau di sini hari ini. Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan perkembangan terkini mengenai inisiatif utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya berkaitan […]

Pastikan murid tidak tercicir,DUN Pantai Damai agih peralatan sekolah

KUCHING: Semua pihak perlu memastikan kehadiran murid ke sekolah secara konsisten khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di sini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini bagi memastikan murid terbabit tidak tercicir dalam pelajaran, selain […]

Sarawak perkukuhkan asas ekonomi, AFFIN Bank rakan strategik pertumbuhan

KUCHING: Sarawak berusaha membina ekonomi yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan lebih inklusif dalam usahamemperkukuhkan asas ekonomi dan keyakinan pelabur. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan jangka panjang bukan hanya bergantung kepada insentif, tetapi kepada asas kukuh merangkumi infrastruktur, bakat, tadbir urus dan persekitaran operasi yang stabil. “Kita […]

Sarawak rekodkan 4.97 juta pelancong, catat RM12.6 bilion pendapatan 2025

KUCHING: Sarawak merekodkan seramai 4.97 juta pelancong pada tahun lalu sekali gus hampir berjaya mencapai sasaran lima juta orang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan pencapaian tertinggi pernah dicatatkan setakat ini. “Ketibaan pelancong sehingga 31 Disember 2025 mencatatkan 4,971,197 orang, kurang kira-kira 28,800 pelawat […]

IAC Tanjung Manis bakal beroperasi, sediakan persekitaran kerja kondusif

TANJUNG MANIS: Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (IAC) Tanjung Manis akan beroperasi sebagai pusat sehenti bagi memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, bangunan pentadbiran setinggi 15 tingkat itu akan beroperasi dalam masa terdekat setelah memperoleh Sijil Menduduki (OP), sekali gus menandakan ia […]

Rumah SPK Gedong bakal siap pertengahan suku ketiga 2026

GEDONG: Projek pembinaan 50 unit rumah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong dijangka siap pertengahan suku ketiga tahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek akan dilaksanakan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan peruntukan berjumlah RM22.6 juta. Katanya, setiap rumah jenis LCDA Saphire 1 terbabit dibina menggunakan teknologi Sistem […]