KUCHING: Jabatan Premier Sarawak telah meluluskan sebanyak 207 permohonan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS).
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, secara keseluruhan sebanyak 676 permohonan DSITKS diterima dari 34 daerah seluruh Sarawak antara 1 November 2022 sehingga 5 Februari 2024.
Katanya dari jumlah tersebut, sebanyak 211 permohonan (atau 31.2%) memenuhi syarat; manakala 465 permohonan (atau 68.8%) tidak memenuhi syarat ditetapkan.
“Sebanyak 207 permohonan (atau 30.6%) yang memenuhi syarat telah diluluskan oleh Jabatan Premier Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menpengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Bil. 1/2023 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, hari ini.
