37 pelajar terima bantuan komputer riba LBAS 2024

KUALA LUMPUR: Seramai 37 pelajar terpilih menerima komputer riba secara percuma semasa Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Penerima berkenaan terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta yang layak menerima inisiatif bantuan komputer riba percuma daripada Kerajaan Sarawak.

Bantuan itu disalurkan menerusi Yayasan Sarawak (YS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee menyampaikan bantuan tersebut kepada 19 pelajar yang layak.

Turut menyampaikan ialah Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato Sri Huang Tiong Sii dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.