KUCHING: Sejumlah 44 kes buli dicatatkan di negeri ini dari Januari hingga Oktober 2025.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata, data itu diperoleh daripada Polis DiRaja Malaysia.
Bagi menangani kes buli dan risiko kelakuan kanak-kanak terutama pelajar, Jabatan Pendidikan Sarawak melaksanakan sembilan program intervensi, katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Sarawak) Ke- 19, di sini.
Beliau menjawab pertanyaan pertanyaan lisan ADUN Batu Lintang, See Chee How yang bertanya apakah statistik kes buli di negeri ini untuk 2025.
Rosey berkata, antara sembilan program intervensi itu ialah bengkel pengurusan disiplin untuk guru penolong guru bagi hal ehwal murid.
Selain itu, katanya, program intervensi itu juga meliputi mesyuarat dengan jabatan polis dua kali setahun dan kempen tiada buli di sekolah.
Kementerian pula, tambahnya, melaksanakan intervensi komuniti bagi menangani is sosial di sekolah termasuk program kesedaran dan advikasi pendidikan seksual.
Beliau berkata, kementerian telah berjaya mengadakan 78 siri program di sekolah menegnah di negeri ini sejak tahun 2016.
Daripada jumlah itu, 29 siri adalah Randau Pembangunan Sosial sejak 2019, dan 1,877 operasi Bersepadu Isu Dadah sejak 2018.
