94 gerai di Bazar Ramadan Satok, peniaga harus patuhi SOP

KUCHING: Bazar Ramadan Satok anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, bermula hari ini sehingga 30 Mac ini.

Menurut kenyataan DBKU, Bazar Ramadan Satok menawarkan sebanyak 94 gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman.

Antaranya sebanyak 72 gerai jualan makanan, 18 gerai jualan minuman dan empat gerai jualan panggang.

Bazar tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari petang ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki serta Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman.

Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan
kepada golongan asnaf.

Turut diagihkan ialah apron kepada para peniaga.

DBKU turut menggesa peniaga bazar terbabit untuk terus mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama dari segi aspek kebersihan dan keselamatan bagi menjamin keselesaan pengunjung.