Kompleks Sukan Sebauh mercu tanda baharu di Bintulu

SEBAUH: Pembinaan Kompleks Sukan Sebauh dijangka siap pada Julai 2026.

Kompleks terletak di kawasan seluas 12.795 ekar (5.178 hektar) akan dilengkapi litar balapan sintetik, padang bola sepak bertaraf FIFA, grandstand, serta pelbagai fasiliti olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, dan merejam lembing.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kompleks ini bakal menjadi mercu tanda baharu bagi pembangunan sukan dan rekreasi di kawasan Sebauh dan Bintulu.

“Projek ini juga bakal membuka peluang pekerjaan, menarik penganjuran acara sukan, serta merancakkan sektor pelancongan sukan di kawasan Sebauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian pecah tanah Projek Pembinaan Kompleks Sukan Sebauh, di sini, hari ini.