Gadis Seman pemain terbaik pertandingan melastik Kampung Melango

SARATOK: Seramai 76 peserta menyertai Pertandingan Slingshot (Melastik) anjuran Melango Slingshot Team (MST) Saratok di Kampung Melango, di sini.

Pertandingan sukan tradisional itu dirasmikan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi.

Bagi pertandingan itu kategori lapan meter, Osman Mansur muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 beserta hamper, manakala naib Johan Yunus Johari (RM70 dan hamper) dan tempat ketiga, Nasel Ahmad ( RM50 dan hamper).

Bagi kategori enam meter pula, Nasel Ahmad muncul johan (RM100 dan hamper), manakala Gadis Seman ditempat kedua (RM70 serta hamper), dan tempat ketiga, Osman Mansur (RM50 dan hamper).

Sementara itu, Gadis Seman dinobat sebagai pemain terbaik dalam acara ‘Sharp shooter’ iaitu acara khas yang dianjurkan oleh penganjur.