KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengunjungi Bazar Ramadan @ Stutong 2025 di tempat letak kereta Pasar Komuniti Stutong, di sini, hari ini.
Kehadiran beliau dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.
Tun Dr Wan menzahirkan kegembiraan melihat kemeriahan bazar yang bukan sahaja menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa, tetapi mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat sepanjang Ramadan.
“Saya menggesa peniaga agar menjaga kebersihan bagi memastikan kualiti bahan jualan terpelihara,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pengunjung agar berbelanja secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
