LAWAS: Pelaburan kumpulan Syarikat La Papa yang sedang dalam pelaksanaan akan merancakkan sektor ekonomi di daerah Lawas.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini membabitkan
projek bernilai RM150 juta bagi pembangunan sebanyak 150 unit apartmen, sebuah hotel 50 bilik, premis perniagaan serta taman tema air.
“Pada masa sama Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan berbagai projek infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan meningkatkan kemudahan telekomunikasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat tapak projek LaPapa Lawas di Jalan Gaya di sini, hari ini.
Sementara itu Pengerusi LEPAPA, Lee Chin Teck memberitahu Pasaraya LaPaPa Lawas merupakan yang terbesar di Sarawak dengan kemudahan lain seperti hotel dan aparment.
Manakala, projek taman tema air Lawas bakal menjadi pencetus kepada pembangunan sektor pelancongan dan rekreasi di Utara Sarawak.
Sasaran pelabur ialah penduduk dari negara Brunei, Indonesia, Sabah, Labuan dan penduduk di Utara Sarawak.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Residen Limbang, Unus Tambi; dan Pengarah Wilayah NRDA, Datu Ubaidillah Abd Latif.
