Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Lawas dilaksana secara berperingkat

LAWAS: Pembinaan lapangan terbang baharu daerah Lawas akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, beberapa proses seperti pemindahan kubur dan pengambilan tanah perlu untuk melaksanakan projek ini.

“Peringkat pertama melibatkan kerja-kerja tanah dan jalan raya akan dilaksanakan tahun ini.

“Kerja-kerja pengambilan tanah telah dilakukan dan pampasan sudah diberi,” katanya pada Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Pemindahan Kubur Kampung Siang-Siang Laut di Masjid Qaryatus Salihin, Kampung Pangi, Jalan Trusan di sini.

Beliau menambah, semua proses ini akan diteruskan untuk kemudahan penduduk.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelabuhan Sarawak turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan bacaan tahlil.