Sebuah lagi TTG untuk Kuching

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) yang giat memantau populasi gelandangan di negeri ini merancang membuka sebuah lagi Tempat Transit Gelandangan (TTG) di sini.

Beliau berkata, selain itu, KPWKK akan turut membuat profil golongan sasaran untuk tujuan pengecaman.

KPWKK sedang giat menyediakan fasiliti sokongan dan intervensi untuk komuniti gelandangan dalam bentuk tempat transit di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman di Ibu Pejabat DBKU di sini.

Menurut Fatimah, penubuhan TTG di negeri ini adalah berdasarkan statistik kelaziman dan pemetaan isu gelandangan di kawasan terbabit.

Selain disediakan tempat tinggal dan makan minum untuk gelandangan, mereka turut diberi latihan untuk menjana pendapatan, tegasnya dan menambah, lokasi pembinaan TTG di bawah pentadbiran DBKU telah dikenal pasti.

Ia akan dibina di kawasan berdekatan Muzium Budaya Borneo di Jalan P. Ramlee dan ketika ini, masih di peringkat tender, katanya.

“Kami juga menggunakan aras ketiga Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) di Kuching Selatan untuk menempatkan gelandangan, sejajar persetujuan dicapai bersama-sama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) semasa pertemuan minggu lalu,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Mohd Razi Sitam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *