KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang menerima kunjungan hormat daripada rombongan Senator Dewan Negara yang diketuai Senator Dato’ Ahmad Dato’ Sri Ibrahim di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.
Tujuan kunjungan hormat tersebut untuk memaklumkan berkaitan
bantuan yang perlu di peringkat Dewan Negara selain memohon peruntukan untuk kawasan di bawah pemerintahan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang pengagihan bajetnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Dalam masa sama, Premier Sarawak turut memberitahu supaya sentiasa menjaga hak-hak Sarawak seperti yang diwarisi dari zaman kepimpinan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.
Menurut Ahmad, beliau juga akan memaklumkan Jabatan Premier Sarawak sekiranya memerlukan bantuan daripada pasukan perundangan Sarawak kerana kurang mahir berkaitan terjemahan dan tafsiran undang-undang bersyarat tertentu.
Turut hadir Ahli Dewan Negara Michael Mujah Lihan, Rita Sarimah Patrick Insol dan Susan Chemerai Anding.
