KUCHING: Dua ahli baharu tambahan dicadangkan masing-masing mewakili Sarawak Sabah untuk menganggotai Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini susulan penstrukturan semula jawatankuasa itu yang akan dimuktamadkan bulan ini.
Katanya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dari Sabah dicadangkan mewakili negeri itu.
“Bagi Sarawak pula, Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Ang Pao dan Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU) kawasan Matang di Dewan SUPP Sungai Tengah di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.
Fadillah berkata, draf memorandum penstrukturan semula itu sudah siap dan akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet Persekutuan dalam masa terdekat.
