Projek bina bangunan pejabat JPJ Limbang baharu sudah dilulus

LIMBANG: Projek pembinaan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Limbang baharu dijangka dapat dimulakan tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek bernilai RM23 juta dibina di kawasan seluas 2.3 hektar di Bandar Baru Limbang di sini sudah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membuat reka bentuk.

“Projek telahpun diluluskan dan diharap akan dimulakan dalam tahun ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak bangunan terbabit, semalam.

Hasbi Habibollah berkata bangunan baharu akan merangkumi komponen pejabat dan kuarters untuk pegawai dan kakitangan.

Katanya, bangunan bahart terbabit perlu kerana jabatan itu terpaksa beroperasi dan menyewa bangunan kedai sejak sekian lama di bandar terbabit.