SeDidik miliki guru berkelayakan diploma, ijazah

KUCHING: SeDidik berjaya mencapai sasaran mempunyai guru kelayakan sekurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak sehingga 100 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Seri Fatimah Abdullah berkata malahan ada guru penyedia pendidikan awal kanak-kanak terbabit kini mempunyai ijazah sarjana muda.

“Sasaran tersebut berjaya dicapai sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 termasuk guru-guru yang mengikuti program diploma pendidikan secara dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Mesyuarat Lembaga Pengarah SeDidik di sini, hari ini.

Selain itu Fatimah turut mengalukan pelaksanaan Program Digital Development Screening Tool (TOY8) yang dilihat memperkukuh saringan perkembangan dan intervensi awal kanak-kanak secara lebih menyeluruh.