Kampung Seberang Jaya, Kampung Nour Iman berpotensi sebagai destinasi pelancongan komuniti

BINTULU: Kerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) hingga 2027.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, ini didorong ketidaktentuan geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran dan tempoh tambahan ini membuka peluang kepada komuniti setempat.

“Khususnya di luar bandar, untuk bersama-sama membangunkan serta mempromosikan produk pelancongan berasaskan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kampung Nour Iman, Kuala Tatau sempena Program MOTAC Bersama Komuniti@ Bintulu, di sini, hari ini.

Tiong berkata, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Nour Iman mempunyai potensi besar diketengahkan sebagai destinasi pelancongan komuniti dan antara tarikan boleh dipromosikan termasuk lukisan mural serta keunikan makanan tempatan seperti mi udang.