KUCHING: Komuniti akar umbi di kawasan Tupong menganjurkan program majlis ramah mesra, di sini, malam tadi.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menghadiri majlis tersebut.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta komitmen mereka dalam menggerakkan aktiviti organisasi dan komuniti di peringkat akar umbi.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan hiburan, sesi cabutan bertuah serta sesi ramah mesra yang memberi peluang kepada tetamu berinteraksi dalam suasana santai dan harmoni.
Program tersebut turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memelihara semangat kebersamaan masyarakat di kawasan Tupong.
