Kerajaan Sarawak luluskan penukaran nama Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan penukaran nama Stadium Negeri Sarawak sedia ada kepada Stadium Taha Ariffin.

Penukaran itu sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan sumbangan besar Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin sebagai pengasas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pada 1974.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pengiktirafan itu merupakan penghormatan wajar terhadap seorang individu yang banyak menyumbang kepada perkembangan serta kejayaan bola sepak di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.