Premier Sarawak hadiri majlis persandingan anak Abdullah Saidol

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis persandingan dua pasangan anak Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan isteri, Datin Nora Ashikin Ibrahim di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Hadir sama, anak Premier, Dayang Norjihan.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Batu Kitang Dato Ir Lo Khere Chiang, Ahli Parlimen Tanjung Manis Dato Ir Yusuf Abdul Wahab hadir sama.

Majlis persandingan anak perempuan dan anak lelaki Abdullah, Damia Nur dan suami, Mustafa Kamal Yahya serta Danishafiq bersama isterinya, Nur Nadirah Adnan diserikan dengan persembahan kebudayaan dan sketsa khas.

Ia turut diserikan dengan persembahan artis terkenal Bob Yusof dan penyanyi tempatan lain.