KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta bagi pengoperasian dan penubuhan One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) di negeri ini tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan itu bagi pengoperasian OSEIC Kuching dan Dalat serta penubuhan OSEIC Miri tahun depan.
Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Premier Sarawak kerana dalam bajet 2024 memperuntukkan dana RM3 juta terbabit.
“Ini membuktikan kerajaan Sarawak komited dalam memastikan anak-anak berkeperluan khas mendapat intervensi yang sewajarnya,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak di sini, hari ini.
Fatimah berkata, OSEIC Sarawak dilancarkan secara rasminya 30 Oktober 2020 dan semakin ramai ibu bapa mendaftarkan anak ke pusat terbabit.
Seramai 476 kanak-kanak didaftarkan di OSEIC Matang dan 40 kanak-kanak lagi di OSEIC Dalat sehingga 31 Oktober lalu.
Majoriti mereka adalah Autism Spectrum Disoder (ASD) dan kelewatan pertuturan.
All reactions:
2You and 1 other