Kerjasama masyarakat bawa pembangunan ke Simunjan

SIMUNJAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus membawa pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat di kawasan Simunjan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata ini memerlukan masyarakat kekal bersatu dan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan GPS Sarawak akan terus membawa pembangunan, namun masyarakat juga perlu kekal bersatu dan bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Karnival Komuniti Zon 2 Simunjan Tahun 2026 di Stadium Mini Simunjan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan isteri, Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sebli Razak, Penghulu Abang Madehi Abang Junaidi, Pengerusi Jawatankuasa karnival komuniti Zon 2 Simunjan, Penghulu Ahmad Dol Simpol, Wakil Pegawai Tadbir Khas IRSDA Mohamad Sazaly Abu Bakar dan Timbalan Ahli Majlis Daerah Simunjan, Kaunselor Zaini Morshidi.