SBP tingkatkan nilai tambah biodiversiti

SAMARAHAN: Pembinaan Taman Biodiversiti Sarawak (SBP) di sini melambangkan pendekatan baharu yang menghubungkan pendidikan, penyelidikan, inovasi dan industri untuk mewujudkan rantaian nilai tambah berpanjangan bagi Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, SBP mencerminkan keupayaan dan keyakinan Sarawak kepada penyelidik, institusi pengajian dan rakyatnya dalam menjayakan komitmen membina ilmu pengetahuan.

Ini katanya, berasaskan ekonomi, inovasi, kelestarian dan kompetitif di peringkat global.

“Harapan agar penemuan yang dibuat oleh makmal SPB menjadi produk diguna pakai oleh industri dan meningkatkan kehidupan masyarakat,” katanya pada upacara Peletakan Batu Asas dan Pertukaran Perjanjian bagi Taman Bioindustri Sarawak (SBP).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis itu.

Beliau berkata, SBP adalah satu kejayaan yang mencerminkan komitmen berterusan Sarawak dalam membangunkan ekonomi berasaskan inovasi.

Katanya, projek itu sebagai platform penting untuk menghubungkan rakyat, pusat pengajian dan idea bagi mewujud peluang baharu dalam industri bioteknologi.

Lebih penting, tambahnya, kewujudan SBP menanda kesediaan untuk mengukuhkan institusi pengajian, perkongsian idea dan keupayaan yang diperlukan untuk bersaing dalam industribio yang mencorakkan masa depan.

Sejak bertahun-tahun Sarawak telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama dalam memahami dan memelihara keunikan biodiversiti negeri ini, katanya.

Pelaburan Sarawak dalam R&D, katanya, membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) untuk menubuhkan salah satu daripada wilayah mengumpul sumber bioligikal dan pengetahuan sainstifik bersama pengetahuan tradisional masyarakat pribumi di negeri ini.

Setakat ini, katanya SBC telah membina Perpustakaan Produk Asli mengandungi lebih 29,000 ekstrak tanaman, 24,000 lapisan microbial, lebih 600 lapisan lumut dan sumber biologikal yang berharga dan bilangannya akan terus bertambah.

Pengumpulan bahan itu, katanya, menyedia peluang kepada penyelidik menemui kompaun baharu dan membangunkannya menggunakan teknologi untuk kegunaan dalam jagaan kesihatan, pertanian, makanan, bahan bio dan kelestarian alam sekitar.