BINTULU: Keluhan komuniti nelayan Kuala Tatau mengenai keperluan minyak diesel bagi menggerakkan bot dan menjalankan aktiviti menangkap ikan akan dibawa kepada pihak berkaitan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu demi kebajikan nelayan di kawasan DUN Jepak.
“Setiap pandangan dan permasalahan yang disampaikan.
“Kita akan diberi perhatian dan bawa kepada pihak berkaitan untuk melihat apa langkah yang sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni komuniti nelayan dan menyampaikan sumbangan sebanyak 81 unit lampu solar kepada komuniti nelayan Kuala Tatau di Jeti Kuala Tatau di sini, hati ini.
Pusat Khidmat Rakyat N.67 Jepak itu sebagai langkah membantu mengurangkan kos operasi, khususnya perbelanjaan mendapatkan bateri untuk keperluan pencahayaan ketika turun ke laut.
Iskandar Turkee berkata penggunaan lampu solar bukan sahaja lebih praktikal, malah mampu memberikan penjimatan kepada nelayan dalam jangka panjang berikutan keperluan menggantikan bateri secara berkala dapat dikurangkan.
