40 wanita didedah kursus program JELITA @ RISDA

KOTA SAMARAHAN: Seramai 40 wanita Sarawak menyertai Kursus Makanan Sejuk Beku Siri 2 dan Kursus Membaiki Telefon Bimbit Siri 2 menerusi program JELITA @ RISDA, di sini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, program Job Empowerment By Learning And Inclusive Technical Advancement (JELITA) itu bermula 28 November lalu sehingga hari ini.

Katanya, Program JELITA @ RISDA merupakan program Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) khas untuk wanita di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan dilaksanakan Kolej RISDA / UCAM sebagai agen pelaksana.

“Program ini terbuka kepada semua golongan peringkat wanita dengan memberi fokus kepada 10 bidang latihan TVET,” katanya di majlis penutupan program terbabit di sini.

Rubiah berkata, bagi 2023, hanya empat bidang keutamaan program JELITA @ RISDA iaitu Pensijilan Halai, Pelancongan, Hospitaliti dan Kulinari, Teknologi Agro dan Perniagaan Luar Bandar.