Peruntukan geran Kampung Pangi

LAWAS: Penduduk Kampung Pangi di sini mendapat geran kerajaan keseluruhannya berjumlah RM20,000.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong mengumumkan geran yang berjumlah RM 5,000 masing-masing kepada empat penerima.

Mereka ialah Perkumpulan Wanita Kampung Pangi, Belia dan Pemuda Kampung Pangi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung dan Jawatankuasa Masjid Kampung Pangi.

“Justeru, rakyat juga perlu terus kukuh bersatupadu dan memastikan kerjasama erat dengan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa mereka mencapai kemajuan yang lebih bermakna,” katanya di Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Pangi, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Kaum, Marassan Pangkat, Pengerusi Masjid Qardatus Solihin Kampung Pangi Imam Che Soh Jaafar, Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak Steve Lius, Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari Talip Basir, Ketua Ranting Pemuda Parti PBB Kampung Pangi Ahmad Japari@ Icil, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Kampung Pangi, Saripah Pangkat, Pengerusi Persatuan Belia Kampung Pangi Roslihardi Roslee dan Pengetua SMK Merapok Julkipli Tangah.