J-KOM, UKAS jalin kerjasama

KUCHING: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersedia menjalin kerjasama erat dalam menyampaikan imej positif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kepada rakyat di negeri ini.

Ke arah itu, Ketua Pengarah J-KOM Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya sedia berganding bahu dan bergerak seiring dengan kerajaan negeri untuk kepentingan komuniti di negeri ini.

Beliau akui, J-KOM mesti memahami realiti di Sarawak dan memahami informasi sensitif dan baik untuk disampaikan.

“Kta menerima pandangan dan nasihat daripada Premier Sarawak bahawa kita harus menjaga sensitiviti terutamanya di Sarawak,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.