UiTM Cawangan Sarawak sambut konvoi kayuhan kapsul rentas

SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menyambut ketibaan konvoi kayuhan kapsul rentas cawangan di Pusat Pelajar UiTMCS Kampus Samarahan, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media UiTM Cawangan Sarawak, konvoi berbasikal itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang sejauh kira-kira 25 kilometer (km).

Konvoi diketuai Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin itu juga membabitkan seramai 25 pengayuh sempena simbolik sambutan 25 tahun universiti itu.

Ketibaan konvoi UiTM Cawangan Sarawak disambut Timbalan Rektor Hal Ehwai Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin yang menjalankan
Fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (PLPU) UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Semempena sambutan Jubli Perak universiti itu, UiTM Cawangan Sarawak juga merangka pelbagai program menarik antaranya penjualan barangan edisi khas, kayuhan kapsul merentas cawangan bermula 20 Jun lalu, ‘fun run’ dan Majlis Makan Malam 25 Tahun UiTM pada 25 Ogos depan.