UNIFOR digesa elak anggaran kos projek berlebihan

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) digesa membantu menilai kos sebenar projek naik taraf dan pembinaan yang dipohon dibiayai unit terbabit.

Pengarah UNIFOR yang baharu Datuk Georgina Apphia Ngau berkata, gesaan itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

“Beliau (Timbalan Premier) juga mahu saya membantu dalam menilai kos sebenar projek yang dipohon untuk mengelakkan sebarang isu anggaran yang berlebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Uggah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Amal UNIFOR, John Kennedy Janang.

Georgina berkata, Uggah juga mengesa mereka memantau semua projek dibiayai unit itu supaya dapat disiapkan mengikuti jadual.