KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Bangunan Parlimen Malaysia.
Kunjungan hormat yang diketuai Asfia tersebut terdiri daripada enam delegasi adalah sebagai kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu dilantik.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim, Senator Michael Mujah Lihan, Senator Susan Chamerai Anding, Senator Pele Peter Tinggom, Muhd Sujairi Abdullah dan Azhar Bujang.