KUCHING: Pelbagai acara muzik, perlumbaan dan sukan antarabangsa bakal berlangsung, di sini, Oktober depan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antaranya ialah seperti Festival Muzik Borneo Sonic, Pertandingan Bot Naga Antarabangsa dan Kejohanan Pickle Ball Antarabangsa.
Beliau berkata, dengan acara terbabit pihaknya mensasarkan Sarawak menerima seramai empat juta pengunjung menjelang Oktober tahun ini.
“Tahun lalu, kita mencapai sasaran tiga juta pengunjung menjelang Oktober dan tahun ini, kami menyasarkan empat juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Festival What About Kuching (WAK), di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata, Festival WAK adalah platform bagi belia mempamerkan bakat mereka dalam tempoh sebulan ini.