Aktiviti menarik sempena Baitulmal Bersama Komuniti

SIBU: Program Baitulmal Bersama Komuniti berjaya menarik lebih 800 penyertaan daripada orang ramai.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program itu untuk mengeratkan hubungan antara Baitulmal dan masyarakat setempat.

“Ia juga untuk memastikan orang ramai merasakan bahawa Baitulmal ini adalah milik bersama,” katanya pada program tersebut di pekarangan Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menghargai peranan Baitulmal.

“Ini terutamanya dalam membantu golongan asnaf dan rumah ibadah di Sibu, terutamanya semasa Ramadan dan Hari Raya,” katanya yang juga ADUN Nangka.

Tambahnya, Baitulmal adalah badan pertama yang memberikan bantuan kepada mangsa bencana seperti kebakaran.