1,681 kanak-kanak sertai SPKGT 2024

KUCHING: Seramai 1,681 kanak-kanak menyertai Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) pada tahun ini.

Program terbabit dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, SPKGT merupakan program mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah     dan berumur lapan tahun dan ke bawah bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

“Ini bagi membantu dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat dan potensi serta mewakili ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Showcase SPKGT 2024 Edisi Ke-7, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, pertandingan diadakan secara online dan terbuka (SPKGT Tour) di empat bahagian di Sarawak tahun ini.

Bahagian terbabit ialah Miri (MYY Mall) dari 8 hingga 9 Jun lalu, Bintulu (Boulevard Shopping Mall- 29 hingga 30 Jun lalu), Sibu (Wisma Sanyan – 27 hingga 28 Julai) dan Kuching (tHeSpring -24 hingga 25 Ogos lalu).

“Pemenang hari ini adalah yang telah terpilih bagi kategori yang ditetapkan iaitu, Nyanyian Solo, Pertandingan Bercerita; Tarian Berkumpulan; Kategori khas – bagi kanak-kanak khas; dan Pertandingan mewarna (empat tahun ke bawah dan lima hingga enam tahun),” katanya.