SIBU: Projek pembinaan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil Pakej A sepanjang 22 kilometer (km) kini siap dan dibuka untuk laluan awam.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, projek yang berharga kira-kira RM104 juta itu termasuk pembinaan dua jambatan iaitu Jambatan Sungai Tutus dan Jambatan Sungai Sabang.
“Jalan ini (pakej A) dibina dengan standard 3 R dan sudah siap, ini adalah permulaan jalan daripada Sungai Bidut Sibu ke kawasan Igan dan Dalat.
“Apabila siap nanti daripada Igan dan Dalat akan mempercepatkan lagi masa perjalanan untuk pergi ke Sibu,” katanya kepada selepas melawat projek tersebut, petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya memberitahu, mereka juga telah menyiapkan reka bentuk projek bagi Pakej B.
“Pakej B bukan satu-satunya sambungan jalan untuk menghubungkan dua tempat ini.
“Kami mempunyai dua atau tiga pakej lagi untuk menyambung ke kawasan Igan di kiri dan kira-kira lima pakej besar dan kecil untuk disambung ke Dalat di sebelah kanan,” katanya.
Beliau percaya penyiapan projek akan mengurangkan masa perjalanan dari Igan atau Dalat ke Sibu berbanding laluan semasa.
“Apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan memendekkan masa perjalanan dari Igan atau Dalat ke Sibu.