Parti PBB Cawangan N.68 Tanjong buka ruang kepada bakat muda

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.68 Tanjong Batu berhasrat membuka ruang kepada bakat muda untuk memimpin cawangan itu.

Ketuanya, Datuk Haidar Khan Asghar Khan berkongsi harapan untuk terus memimpin namun mengakui bahawa kini tiba masanya untuk membuka ruang kepada bakat muda dalam parti.

“Dalam mesyuarat perwakilan yang akan datang, kita akan memilih bakat-bakat muda untuk meneruskan legasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Makan Malam PBB N.68 Tanjong Batu di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Penolong Bendahari Parti PBB, Afiq Fikri Brahim; Timbalan Ketua PBB Cawangan N.68 Tanjong Batu, Sophie Shariee; dan Ketua PBB Cawangan N.70 Samalaju, Sikong Lusek.