Sarawak bakal miliki Wellness Hub pertama, beroperasi tahun depan

KOTA SAMARAHAN: Wellness Hub Kota Samarahan yang pertama di negeri ini akan memulakan operasi pada April 2025.

Ia adalah infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan atau Pusat Sehenti Komuniti (OSC) kepada masyarakat sebagai strategi menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, projek itu sedang giat dilaksanakan.

“Bagaimanapun, ketika ini program dan aktiviti sudah mula dijalankan. Ini penting supaya masyarakat tidak memandang ringan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Terbuka Wellness Hub Kota Samarahan 2024 di Tasik Desa Ilmu, di sini hari ini.

Tambah Timbalan Menteri Kemahuan Desa dan Wilayah terbabit, program kesedaran kesihatan penting kerana terdapat pelbagai penyakit dihadapi ketika ini khususnya berkaitan mental.

“Kesihatan ketika pada masa ini bukan sahaja diukur dengan fizikal yang baik tetapi juga mental disebabkan itu penting untuk menggalakkan masyarakat menjalankan gaya hidup sihat,” ujarnya.