147 lagi terima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING: Setiausaha Sulit kepada Premier Sarawak, Ahmad Hazlan Ismawi mengetuai 147 lagi penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) yang disampai oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak hari ini.

Ia diikuti Pingat Jasa Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), Rakayah Hamdan.

Bagi Pingat Jasa Keberanian Pingat Pewira Negeri (P.P.N)(Gangsa) dikurniakan kepada 10 penerima iaitu, Ali Amit, Bulit Jimbun, Fauzil Taril, Jengga Jeli, Keliment Nyapong, Linus Lunsong Jati, Ukoon Pungkok, Louis Dundang, Leftenan Kolonel Mohd Melintang Abdullah(B) dan Zainuddin@Sharkawi Dawi.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak(P.B.S) turut dikurniakan kepada enam penerima iaitu Profesor Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib, Dr. Azizah Mohamed Amin, Profesor Ts. Dr. Wan Azlan Wan Zainal Abidin, Temenggong Gee Ah Chok, Temenggong Kurh Aik Seng dan Mohamad Haffizie Putit.

Dalam pada itu, 19 penerima turut dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) antaranya A.C.P Zulkipili Suhaili, Dr Azani Hasan serta Dr. Francis Ting Siew.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) dikurniakan kepada 20 penerima antaranya Abu Bakar Sham Jamil, Ahmad Rithaudren Rabaie serta Anwarul Adzizi Adeni diikuti dengan 17 penerima yang lain.

Majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak(A.B.S) didahului dengan Afiq Fikri Brahim, Ahmad Pandoi, Andrew Lau Kah Yong serta 24 penerima yang lain dengan keseluruhan 27 penerima.

Manakala, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) Sub. Inspektor Florry Jacob Siha, Ismadi Abang Shet serta Jalani Rosani diikuti dengan 14 penerima yang lain.

Dalam pada itu, seramai 25 penerima turut menerima Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) antaranya Abdul Aziz Abdul Razak, Abdul Mutalib Abdullah dan Abdul Ghani Yusuf.

Sementara itu, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) dikurniakan kepada 21 penerima didahului dengan Ambrose Gibson Kunding, Fabian Kuntang dan Ijau Lang.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik serta tetamu kenamaan yang lain.