KUCHING: Program Larian Tahun Baharu Muda Hashim 2024 menarik lebih 150 penyertaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Muda Hashim di sini, hari ini.
Pelepasan larian dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki jam 6.30 pagi ini. Larian itu dibahagikan dua kategori iaitu 1.2 kilometer (km) dan 3.2km.
Hadir sama semasa pelepasan larian, Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Larian 1.2 km untuk kategori veteran manakala 3.2km (umur bebas).
Tempat pertama untuk kategori veteran membawa pulang wang tunai RM300 serta hamper, kedua dan ketiga masing- masing RM200 dan RM100.
Sementara umur bebas, juara membawa pulang wang tunai RM500 serta hamper, kedua dan ketiga masing-masing RM300 dan RM200.
Cabutan bertuah, senamrobik dan minuman percuma sumbangan Zainab Family Foodcourt memeriahkan larian.
