KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dipilih sebagai rakan strategik Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Menurut kenyataan media UNIMAS, universiti itu dipilih sebagai rakan strategik eUsahawan Hab oleh MDEC yang bertujuan menggalakkan penglibatan usahawan komuniti sekitar UNIMAS dalam keusahawanan digital.
Melalui pengiktirafan ini, segala maklumat latihan dan program anjuran MDEC akan disalurkan kepada UNIMAS sebagai rangkaian hab itu yang membolehkan pelajar dan usahawan terbabit mendapatkan informasi, khidmat nasihat serta bimbingan berkaitan keusahawanan digital di UNIMAS.
Pengarah Bahagian Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Ts. Nik Naharudin Mohd Nasir mengumumkan ini di Majlis Perasmian Penutupan Karnival #UNIMASpreneur 2024 Lagi disempurnakan Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rashid di kampus UNIMAS, di sini,
baru-baru ini.
Pada majlis itu, Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan kerjasama strategik dengan UNIMAS Entrepreneurship Centre (UEC) dalam pelaksanaan Program Uni-Challenge 2024.
Inisiatif itu untuk memupuk bakat m Permulaan Keusahawanan Sosial di peringkat awal, khususnya pelajar universiti dengan memberi peluang mereka mencetuskan idea perniagaan inovatif dalam keusahawanan sosial sambil mendapatkan bimbingan dari pakar industri.
Terdapat lima kumpulan pelajar telah bertanding untuk merebut kumpulan hadiah yang berjumlah RM7,000.