LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysi (PERKIM) Cawangan Lawas yakin akan lebih produktif melaksanakan pelbagai aktiviti pada tahun ini.
Pengerusi PERKIM cawangan Lawas, Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud melahirkan keyakinan itu dan menyampaikan penghargaan kepada semua ahli yang komited menjayakan pelbagai aktiviti PERKIM sepanjang tahun 2024.
“Tahun ini kita sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan lebih bersemangat dan teruja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti PERKIM dengan jayanya,” katanya.
Beliau berkata demikian di Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM) Cawangan Lawas di Hotel Seri Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Dayang Morliah juga mahu setiap kali melaksanakan aktiviti, mereka perlu menilai kesan setiap aktiviti yang dijalankan agar dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman.
Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada individu dan badan korporat yang telah menyumbang secara ikhlas kepada PERKIM Cawangan Lawas.
“Tanpa mereka, pelaksanaan aktiviti PERKIM tidak mungkin dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya.
Selain itu, beliau turut menggesa ahli PERKIM terus bekerjasama, berkongsi maklumat, dan mengeratkan silaturahim demi memastikan organisasi ini terus berkembang dan berdaya maju.
