KUCHING: Seramai 460 murid sekolah sekitar bandar raya ini menerima Sumbangan Back to School sesi persekolahan 2025 di Mydin Vista Tunku di sini, hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu dapat menyuntik semangat anak-anak untuk kembali ke sekolah dengan penuh keyakinan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan penyampaian sumbangan Back to Scholl dan Program Jelajah Kasih: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), hari ini.
Menurut Nancy, PSSS adalah tempat untuk meluahkan masalah dan isu-isu berkaitan.
“Segala masalah itu akan didengari oleh kaunselor profesional dan berdaftar,” katanya.
Di samping itu, beliau juga berpesan kepada murid terbabit supaya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.
“Pendidikan adalah aset yang mampu mengubah bukan sahaja taraf hidup kita tetapi juga keluarga,” katanya.
